Sunday, January 25, 2015

Sajak Tingkatan 4 SANG GEMBALA KUDA

Sang Gembala Kuda (Mohd Hashim Othman)

MAKSUD

Rangkap

Maksud

 Rangkap 1
          Dia lelaki bergelar perkasa
          dengan cemeti keberanian di tangan
          rembat angkuhnya memacu takut
          menghalau kuda-kuda di padang
          berebutan memburu kandang.

Seorang lelaki gagah/penjaga kuda sedang menghalau kuda-kuda yang ada di padang dengan cemeti (rotan panjang-alat untuk mengawal kuda) supaya  segera masuk ke dalam kandang.

Rangkap 2
           Rumput dan jerami terhidang
           adalah kanun janji kesetiaan 
           dimamah rakus kala lapar
           tak peduli nasib diri setelah kenyang
           jadi tunggangan memburu rakan.

Di dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan dan akan dimakan oleh kuda ketika lapar. Setelah kenyang,kuda-kuda ini tidak sedar dijadikan  tunggangan untuk menjejaki kuda  yang lain.

Rangkap 3
          Dia lelaki punya kuasa
          sesekali suaranya lebih gempita
          daripada ringkik kuda sekandang
          pacuannya diiring seribu keberanian
          meredah onak di rimba perburuan
          meranduk lumpur di paya penindasan
          sambil melibas cemeti durjana
          dia melampar muslihat
          aku penyelamat maruah
          berjuang atas dasar kebenaran
          menentang semua kebobrokan

Penjaga kuda/ sang gembala kuda diibarat penguasa yang mempunyai kemampuan untuk mengawal seluruh pengikut . Dia menggunakan seluruh kekuasaan untuk menindas . Dia juga bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan. Namun ada juga yang  berani menentang kekejaman dan menghalang penindasan penguasa.

Rangkap 4
          Dia lelaki sang gembala kuda
          hanya mengenal pantas tunggangan
          tanpa membaca keletihannya
          dia lelaki sang gembala kuda   
          hanya tahu mengejar kehebatan
          tanpa menghitung kesakitannya
          dan kuda-kuda itu ditunggangi
          ditunggangi dan ditunggangi!  

Sang gembala hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil kira kepenatan kuda yang ditunggangnya.Dia juga hanya mahu kuda yang dapat membawa kemenangan dan tidak menghiraukan penderitaan kuda yang ditunggangnya.Semua kudanya terus ditunggangi berulang kali tanpa belas kasihan.

TEMA

Kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan terhadap tenaga haiwan.


PERSOALAN

Persoalan kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di sesebuah kandang kuda.Persoalan kesetiaan kuda kepada penjaga kuda kerana makanan yang diberikan.Persoalan kekuasaan memerlukan kekuatan dan keupayaan dalam mengawal sesuatu kumpulan.Persoalan penganiyaan terhadap haiwan-kehidupan kuda yang sentiasa dikerah tenaganya untuk kemenangan.Persoalan ketegasan dalam memimpin.Persoalan kepatuhan menurut perintah.Persoalan keberanian menempuh cabaran.


BENTUK

1.    Bentuk bebas

2.   Jumlah rangkap - 4 rangkap

Rangkap 1 - 5 baris ayatRangkap 2 -5 baris ayatRangkap 3 - 11 baris ayatRangkap 4 - 8 baris ayat

3.  Jumlah suku kata dalam baris

Jumlah suku kata 8 hingga 12 suku kata.

.    Rima akhir setiap rangkap

Rangkap 1 – abcddRangkap 2 – abcabRangkap 3 – aabcccadeccRangkap 4 – abaabacd

GAYA BAHASA

Aliterasi – pengulangan konsonan ‘n’.Contohnya : hanya mengenal pantas tungganganAsonansi – pengulangan vokal  ‘a’ Contohnya :Dia lelaki sang gembala kuda

·         Metafora-Contoh : cemeti keberanian,rimba perburuan,paya penindasan

Hiperbola-Contoh: Rembatan angkuhnya memacu takut, Dimamah  rakus kala laparPersonifikasi-Contoh :Rembat angkuhnya memacu takutSinkope – Contoh:Unsur alam- Contoh:

                    

Nada: Sinis


 NILAI

KeberanianTanggungjawabKebijaksanaanKepatuhanKesetiaan

PENGAJARAN 


Kita hendaklah berani menghadapi kenyataan agar hidup lebih bermakna.Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.Kita hendaklah bijaksana dalam membuat sebarang keputusan.Kita hendaklah setia dengan pemerintah atau ketua.Kita hendaklah berjuang demi kebenaran.Kita hendaklah memastikan kebajikan orang bawahan.

Salin daripada Cikgu Hasanah. Terima kasih.


39 comments:

  1. cikgu, boleh sya tanya? Apa maksud "melampar muslihat" ??

    ReplyDelete
  2. Apa maksud dimamah rakus kala lapar

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,saya suka dengan kata hikmah yg cg tlis...penuh makna

    ReplyDelete
  4. Apa maksud rembat angkuhnya memacu takut? Pls jwb cg hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. menghalau kuda-kuda yang ada di padang dengan cemeti yang menakutkan kuda-kuda tersebut

      Delete
  5. saya nk buat rujukan presentation. harap halal ye terima ksaih

    ReplyDelete
  6. Cg. Apa maksud kanun janji kesetiaan?

    ReplyDelete
  7. mohon share nota dan kata2 hikmah ya cikgu. harap halal. terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  8. Apa nilai masyarakat dalam sajak ni ?

    ReplyDelete
  9. Saya suka yg cg buat ni.. Full set

    ReplyDelete
  10. Tolong letak nilai dan pengajaran beserta contoh...tq

    ReplyDelete
  11. Cikgu boley saya tanya apa maksud kanun janji kesetiaan ?

    ReplyDelete
  12. Cikgu boley saya tanya apa maksud kanun janji kesetiaan ?

    ReplyDelete
  13. Maaf cikgu , maksud ringkik kuda sekandang maksud dia apa?

    ReplyDelete
  14. APA maksud berebutan memburu kandang

    ReplyDelete
  15. apakah maksud melampar muslihat?

    ReplyDelete
  16. apakah maksud suaranya lebih gempita dalam rangkap 3 cikgu?

    ReplyDelete

PAK21 NORMAL BAHARU

https://www.flipsnack.com/RynnYusuf/pak21-normal-baharu-cp5gi3nvxn.html