Sunday, January 25, 2015
Sajak Tingkatan 4, www.sibermerdeka.com.my
SAJAK 'www.sibermerdeka.com.my' (Abdul Ghafar Ibrahim)
Rangkap
Maksud
Rangkap 1
Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
hidup menentang senja dan malam.
Penyajak memulakan muhasabah (cermin diri) dengan suatu tekad membuat perancangan untuk membebaskan diri daripada kesukaran dengan menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang..
Rangkap 2
Dalam parlimen diriku
aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotak-katikkan.
Dalam benak penyajak berlaku pertentangan antara cabaran dengan keselesaan.Beliau tidak mahu dikongkong. Penyajak mahukan kebebasan berfikir supaya tidak mudah diganggu oleh pengaruh luaran dirinya seperti dipermain-mainkan.
Rangkap 3
Dalam laut diriku
ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.
Dalam jiwa penyajak, pelbagai dugaan datang untuk menggugat kekuatan, ketahanan dan keutuhan diri . Kesemuanya untuk menguji amalan dan keimanannya.
Rangkap 4
Dalam gergasi diriku
terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi.
Dalam keegoan dan kemegahan diri, penyajak berasa tertipu juga dengan tipu muslihat yang licik dan perangkap pihak yang disangka bijaksana. Akan tetapi, penyajak bernasib baik kerana cepat sedar dan masih peka terhadap tipu muslihat itu.
Rangkap 5
Dalam pentas diriku
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.
Di dalam hati, penyajak bersungguh-sungguh mahu menentang sesuatu masalah, ketidakpastian,meneroka kebenaran, menelaah / menghayati setiap perkara yang tidak diketahui kesudahannya.
Rangkap 6
Dalam dewan diriku
aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang
Di dalam dada, penyajak sudah berasa tidak gentar dengan segala bisikan yang menghalang dan tidak mudah mengalah oleh cakap-cakap berbentuk provokasi atau sebarang percubaan untuk menjatuhkannya dengan cara memburuk-burukkannya.
Rangkap 7
Apabila sibermerdeka sampai
ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku tak kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.
Maka, ketika peranti internet berada di hadapan mata, penyajak membuat keputusan yang teguh supaya tidak sekali-kali berasa lemah untuk mudah dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan.Penyajak juga tidak akan mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Rangkap 8
Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
aku turun darinya menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan sibermerdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan
Sekarang, penyajak menyedari bahawa dirinya telah banyak menghabiskan waktu melayan media baharu itu. Penyajak pun kembali dengan kegiatan seharian seperti biasa. Pelbagai kejadian terus memenuhi ruang internet untuk menggamit perhatian penyajak. Namun, penyajak mengukuhkan keazaman untuk tidak membuang waktu tanpa faedah, sebaliknya mahu mendekatkan diri dengan beribadat di sisi Ilahi.
Tema
· Ketabahan seorang insan dalam menghadapi dugaan hidup
Persoalan
1) Persoalan setiap insan terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan hidup.
2) Persoalan perlunya perancangan dan persediaan untuk menghadapi cabaran hidup.
3) Persoalan kehidupan yang penuh dengan tipu muslihat.
4) Persoalan kekuatan diri dalam melawan musuh.
5) Persoalan keimanan yang teguh dalam menghadapi dugaan hidup.
6) Persoalan keinsafan untuk membaiki sisa-sisa hidup.
7) Persoalan keinginan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Bentuk Sajak
· Bilangan rangkap –
· Bilangan baris setiap rangkap –
· Bilangan perkataan -
· Rima bagi setiap rangkap –
Nada: Melankolik
Gaya bahasa
· Unsur alam –
· Sinkope-
· Bahasa asing-
· Simile-
· Responsi-
· Metafora-
· Anafora-
· Personifikasi-
Nilai
Pengajaran
Berdikari – Contoh: Penyajak berupaya bertindak sendiri untuk menghadapi dugaan hidup.
Kita mestilah
Keberanian- Contoh:
Rasional- Contoh:
Ketabahan-Contoh:
Ketaatan-Contoh
Kebijaksanaan- Contoh:
Berhati-hati –Contoh:
Keinsafan:- Contoh: Penyajak insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukannya.
Salin daripada Cikgu Hasanah. Terima kasih.
Sajak Tingkatan 4 AKU MEMBACA LAGI
SAJAK AKU MEMBACA LAGI (Razali Mohd Yussof)
RANGKAP
MAKSUD
Aku mendongak langit
membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpulan mega
hembasan bayu dan banjaran gunung.
Penyajak memandang ke langit. Penyajak berasa dirinya sungguh kerdil melihat kebesaran Illahi yang mencipta pelbagai fenomena alam. Dengan perasaan penuh kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.
Penyajak meyelusuri pula alam yang terbentang luas. Kedengaran kicauan burung, desiran ombak dan keindahan pelangi yang melengkapi kehidupan manusia dengan pelbagai rencah kehidupan.
ku mendongak lagi
membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur.
Penyajak mendongak ke langit lagi dan cuba memahami langit. Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar apabila negara semakin makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan dengan keadaan bahasa Melayu yang semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh rakyat walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Selain itu, penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara tidak dapat menjamin kedaulatan bahasa Melayu.
Aku membaca langit
Kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.
Penyajak masih mahu memahami perkara yang tersurat di langit. Penyajak dapat menyaksikan kekecewaan bulan dan bintang (pejuang-pejuang bahasa) yang meratapi akan nasib bahasa Melayu yang dipinggirkan oleh bangsa di tanah air sendiri.
Aku mendongak lagi
menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayuku
yang berdarah.
Penyajak kembali mendongak ke langit. Kali ini,penyajak dapat menyaksikan kesedihan langit yang turut menangisi nasib bahasa Melayu yang kian tenat dan semakin dilupakan anak bangsa.
TEMA
·
Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.
PERSOALAN
Keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan
Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
2. Kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilang
Contoh : Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.
3. Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa Melayu
Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.
4. Bahasa sebagai maruah bangsa.
5. Jati diri anak bangsa yang kian terancam.
BENTUK SAJAK
Terdiri daripada lima rangkapTerdiri daripada empat hingga tujuh baris dalam satu rangkapTerdiri daripada satu hingga enam perkataan dalam satu barisTerdiri daripada empat hingga 12 suku kata dalam satu barisRima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.Rangkap pertama : abcdeRangkap kedua : abcdRangkap ketiga : abcdefgRangkap keempat : abcdRangkap kelima : abcd
GAYA BAHASA
sinkope
Contoh :
- Kuselusuri alam
- menekuni kebesaran-Mu
- mewarnai kehidupan umat-Mu
2. personifikasi
Contoh :
desiran ombak dan wajah pelangidahan dan ranting terkulaibulan dan bintang menangis meratapiluka nasib bangsamenitis air mata langitmembasahi Bahasa Melayuku yang berdarah
3. repitisi
Contoh :
helai demi helai
NILAI
Nilai kesyukuran
Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
Nilai cinta akan bahasa
Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.
Nilai cinta akan alam sekitar
Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
PENGAJARAN
Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan
Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
2. Kita mestilah cinta akan bahasa.
Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.
3. Kita mestilah cinta akan alam sekitar.
Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
Salin daripada Cikgu Hasanah. Terima kasih.
Sajak Tingkatan 4 SANG GEMBALA KUDA
Sang Gembala Kuda (Mohd Hashim Othman)
MAKSUD
Rangkap
Maksud
Rangkap 1
Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.
Seorang lelaki gagah/penjaga kuda sedang menghalau kuda-kuda yang ada di padang dengan cemeti (rotan panjang-alat untuk mengawal kuda) supaya segera masuk ke dalam kandang.
Rangkap 2
Rumput dan jerami terhidang
adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.
Di dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan dan akan dimakan oleh kuda ketika lapar. Setelah kenyang,kuda-kuda ini tidak sedar dijadikan tunggangan untuk menjejaki kuda yang lain.
Rangkap 3
Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan
Penjaga kuda/ sang gembala kuda diibarat penguasa yang mempunyai kemampuan untuk mengawal seluruh pengikut . Dia menggunakan seluruh kekuasaan untuk menindas . Dia juga bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan. Namun ada juga yang berani menentang kekejaman dan menghalang penindasan penguasa.
Rangkap 4
Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!
Sang gembala hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil kira kepenatan kuda yang ditunggangnya.Dia juga hanya mahu kuda yang dapat membawa kemenangan dan tidak menghiraukan penderitaan kuda yang ditunggangnya.Semua kudanya terus ditunggangi berulang kali tanpa belas kasihan.
TEMA
Kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan terhadap tenaga haiwan.
PERSOALAN
Persoalan kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di sesebuah kandang kuda.Persoalan kesetiaan kuda kepada penjaga kuda kerana makanan yang diberikan.Persoalan kekuasaan memerlukan kekuatan dan keupayaan dalam mengawal sesuatu kumpulan.Persoalan penganiyaan terhadap haiwan-kehidupan kuda yang sentiasa dikerah tenaganya untuk kemenangan.Persoalan ketegasan dalam memimpin.Persoalan kepatuhan menurut perintah.Persoalan keberanian menempuh cabaran.
BENTUK
1. Bentuk bebas
2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
Rangkap 1 - 5 baris ayatRangkap 2 -5 baris ayatRangkap 3 - 11 baris ayatRangkap 4 - 8 baris ayat
3. Jumlah suku kata dalam baris
Jumlah suku kata 8 hingga 12 suku kata.
. Rima akhir setiap rangkap
Rangkap 1 – abcddRangkap 2 – abcabRangkap 3 – aabcccadeccRangkap 4 – abaabacd
GAYA BAHASA
Aliterasi – pengulangan konsonan ‘n’.Contohnya : hanya mengenal pantas tungganganAsonansi – pengulangan vokal ‘a’ Contohnya :Dia lelaki sang gembala kuda
· Metafora-Contoh : cemeti keberanian,rimba perburuan,paya penindasan
Hiperbola-Contoh: Rembatan angkuhnya memacu takut, Dimamah rakus kala laparPersonifikasi-Contoh :Rembat angkuhnya memacu takutSinkope – Contoh:Unsur alam- Contoh:
Nada: Sinis
NILAI
KeberanianTanggungjawabKebijaksanaanKepatuhanKesetiaan
PENGAJARAN
Kita hendaklah berani menghadapi kenyataan agar hidup lebih bermakna.Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.Kita hendaklah bijaksana dalam membuat sebarang keputusan.Kita hendaklah setia dengan pemerintah atau ketua.Kita hendaklah berjuang demi kebenaran.Kita hendaklah memastikan kebajikan orang bawahan.

Subscribe to:
Posts (Atom)
PAK21 NORMAL BAHARU
https://www.flipsnack.com/RynnYusuf/pak21-normal-baharu-cp5gi3nvxn.html
-
Pengerusi (NAJMA) : Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengerusi majlis, ahli panel yang hadir bersama dengan kita...
-
Dalam sistem ejaan ini, tanda sempang (-) digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu. 1. Merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada perk...