Pengerusi (NAJMA) : Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengerusi majlis, ahli panel yang hadir bersama dengan kita pada hari ini iaitu saudari Noor Sima bt Ismail, dari Kelab Mencegah Kemalangan Jalan Raya Negeri Terengganu, saudari Nor Fatin Najwa bt Mohd Rani, dari Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu, serta saudari Syafiqah bt Abdul Wahab, pengarang Majalah Remaja Bestari, serta hadirin dan hadirat sekalian. Saya Wan Fatin Najma bt. Wan Abdullah, selaku pengerusi forum pada kali ini akan bersama-sama ahli-ahli panel kita untuk membicarakan tajuk pada kali ini. Sebagai pembuka kata, ingin saya perkenalkan tajuk forum remaja yang didalami dan diselami oleh barisan panel iaitu KEMALANGAN JALAN RAYA. Dalam dekad ini, perangkaan kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya di Malaysia sebenarnya agak tinggi. Statistik bilangan kematian pengguna jalan raya meningkat lebih-lebih lagi pada musim perayaan apabila bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya bertambah pada suatu masa, kita dapat menyaksikan kes kemalangan jalan raya turut melonjak. Fenomena yang tidak sihat ini nescaya mengundang pelbagai akibat yang buruk kepada Negara memandangkan setiap kemalangan jalan raya membabitkan kerosakan fizikal, kecederaan atau kematian. Untuk mengetahui kesan-kesan kemalangan jalan raya, saya mempersilakan saudari Noor Sima Ismail untuk menerangkannya.
NOOR SIMA : Terima kasih, saudari pengerusi. Kemalangan jalan raya yang menyebabkan kehilangan nyawa akan menggugat produktiviti negara. Golongan yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun merupakan golongan belia yang paling produktif. Kumpulan ini dapat menyumbangkan tenaga, kepakaran dan kemahiran yang tinggi kepada pembangunan negara. Belia yang meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan jalan raya akan menjejaskan produktiviti Negara. Negara kita akan mengalami kerugian yang tinggi andainya korban nahas jalan raya itu terdiri daripada pekerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang kemahiran tertentu. Tempoh untuk melahirkan seorang doktor misalnya memerlukan 6 hingga 7 tahun. Dalam hal ini kematian seorang doktor tidak dapat diganti dengan serta merta oleh negara. Kesannya, tahap kesihatan dan perubatan negara kita akan terjejas. Pengeluaran hasil sesebuah kilang akan terjejas jika kemalangan jalan raya melibatkan bas kilang yang membawa pekerja kilang. Dengan kata lain, kemalangan jalan raya akan memudaratkan pembangunan negara dari segi sumber tenaga manusia.
FATIN NAJWA : Tepat sekali pendapat saudari Noor Sima tadi. Lazimnya, berbagai-bagai kerosakan akan berlaku ekoran daripada kemalangan jalan raya. Kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti syarikat insurans terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk memenuhi tujuan membaik pulih dan membayar pampasan. Kerajaan juga terpaksa membaiki kerosakan jalan raya dan kemudahan asas yang berpunca daripada kemalangan jalan raya. Tambahan pula, syarikat insurans perlu membayar tuntutan insurans dan bil perubatan yang tertunggak akibat kemalangan jalan raya tidak kira mangsa kemalangan jalan raya itu cedera atau maut. Setiap tahun, jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan dan syarikat insuran kerana kadar kemalangan jalan raya yang amat tinggi di Malaysia. Alnagkah baiknya wang sejumlah itu dislaurkan untuk tuuan pembangunan prasarana seperti projek prmbangunan negara. Jelaslah kemalangan jalan raya akan mendatangkan kerugian kepada ekonomi Negara.
SYAFIQAH : Sementara itu, imej negara akan terjejas oleh kadar kemalangan jalan raya tinggi. Pelabur asing dan pelancong akan berasa was-was untuk melabur atau melancong ke Malaysia. Pelabur asing akan mempertimbangkan factor kos pengangkutan apabila mereka melabur di Malaysia. Mereka akan khuatir akan keselamatan barangan mereka untuk sampai ke pelabuhan atau ke kilang akibat kadar kemalangan jalan raya yang tinngi. Berasaskan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan bas persiaran atau pengankutan awam, pelancong asing akan teragak-agak untuk melawat ke Malaysia jika keselamatan-keselamtan mereka terancam semasa menggunakan kenderaan awam. Tiada sesiapa pun yang ingin mempertaruhkan nyawa untuk melancong di Negara kita. Ringkaskan, sector perindustrian dan sektor pelancongan akan menerima tamparan yang hebat sekiranya kemlaangan jalan raya di negara kita tidak dibendung dengan baik.
Pengerusi (NAJMA) : Seperti kata peribahasa “ada angin, ada pokoknya”, justeru, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya amat membimbangkan sekarang ini. Apakah pandangan panel-panel kita.
NOOR SIMA : Kemalangan jalan raya dikaitkan dengan tabiat pengguna jalan raya itu sendiri. Kebanyakan pengguna tidak mematuhi arahan keselamatan jalan raya seperti tidak mematuhi papan tanda-papan tanda jalan raya, memandu dengan laju dan melebihi had laju kebangsaan serta tidak mematuhi lampu isyarat. Seterusnya mereka juga memandu dalam keadaan dipengaruhi alkohol dan memandu walaupun mengantuk. Dalam hal ini, tabiat pemandu ini yang mementingkan diri sendiri menjadi penyumbang besar kepada kes kemalangan jalan raya.
FATIN NAJWA : Pengerusi, kemalangan jalan raya juga berpunca daripada keadaan jalan raya itu sendiri. Faktor jalan raya yang berlubang, tiada bahu jalan, jalan berbengkang-bengkong dan jalan raya yang tidak mempunyai papan tanda juga menjadi punca kepada kemalangan jalan raya.
SYAFIQAH : Dalam hal ini juga, keadaan cuaca juga menjadi penyumbang kes kemalangan jalan raya. Hujan yang turun menyebabkan jalan menjadi licin dan berbahaya sekiranya kenderaan melaluinya dengan kelajuan yang tinggi. Jerebu juga menyebabkan had penglihatan menjadi kabur dan sukar menganggar jarak kenderaan di hadapan.
Pengerusi (NAJMA) : Sebagai langkah untuk menghindari nyawa pengguna jalan raya daripada terus melayang, langkah penjagaan keselamatan mereka perlu disegerakan. Pihak berkuasa mesti memandang berat terhadap sebarang usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Apakah langkah-langkah yang dilakukan untuk membendung masalah ini daripada terus meningkat?
NOOR SIMA : Masyarakat iaitu kita semua amat berperanan dalam membendung masalah kemalangan jalan raya ini memandangkankitalah pengguna jalan raya. Justeru, kita perlu memastikan keadaan kenderaan berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan. Sebelu m memulakan perjalanan yang jauh, kita perlu mendapat rehat secukup-cukupnya. Kita perlu tidur dahulu ataupun berehat di hentian-hentian rehat dan rawat sekiranya berasa letih atau mengantuk kerana ‘ terlelap sesaat membawa maut’. Selain itu, pemandu juga perlu mematuhi arahan had laju dan sentiasa siaga atau siap sedia dengan papan-papan tanda di jalan raya. Pemandu juga mestilah tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tidak ber’sms’ ketika memandu. Pemandu juga jangan lupa memakai tali pinggang keledar sebagai langkah keselamatan.
FATIN NAJWA : Saudari pengerusi, berada di atas kenderaan beroda dua, penunggang motosikal memang mudah terbabas apabila dilanggar oleh sebab motorsikal terpaksa berhimpit di bahu jalan dengan kenderaan berenjin yang lebih besar, lazimnya keselamatan mereka akan terancam. Selaras dengan bahaya yang diharungi oleh penunggang motorsikal, lorong khas patut dibina untuk kegunaan mereka sahaja. Hasilnya kenderaan besar lain tidak akan menghampiri motorsikal semasa berada di atas jalan raya.
SYAFIQAH : Semakin laju sebuah kenderaan, semakin sukar kenderaan tersebut diberhentikan pada waktu kecemasan. Musibah mungkin melanda pengguna jalan raya pada bila-bila masa. Di kawasan yang dilalui oleh orang ramai umpamanya di sekitar hospital dan sekolah, had laju kenderaan mestilah dikurangkan. Had kelajuan yang rendah nescaya akan dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Permukaan jalan yang berlekuk-lekuk juga membahayakan penunggang motorsikal dan basikal. Selekoh tajam di jalan raya menggugat keselamatan pengguna jalan raya secara amnya jika mereka memandu dengan laju. Kelemahan dan kerosakan jalan raya perlu dibaiki dengan segera supaya pengguna tidak menjadi mangsa.
Pengerusi (NAJMA) : Terima kasih kepada ahli-ahli panel kita pada kali ini. Keselamatan jalan raya, tanggungjawab bersama. ‘Api kecil baik dipadamkan’. Jika tidak, kemalangan jalan raya akan menjadi batu penghalang kepada kemajuan negara. Kehilangan sumber manusia yang merupakan nadi penggerak pembangunan Negara, perbelanjaan membayar kerja memabik pulih dan pampasan insuran serta tercemarnya imej negara akan membawa padah kepada ekonomi. Lantaran itu, semua pihak hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh menangani masalah kemalangan jalan raya ini. Tindakan yang tegas dan usaha yang gigih terutamanya daripada pihak berwajib pasti penting untuk mengurangkan nahas di jalan raya. Sekian sahaja perbincangan pada kali ini. Assalamualaikum wbt.
sya ambil untuk ulbs :)
ReplyDeleteSilakan..
DeleteTerima Kasih.. Ini sangat membantu saya!!
ReplyDeletesama-sama
Deletesaya nak mneggunakan teks forum ini untuk tujuan ujian lisan saya. .terima kasih. .
ReplyDeleteanother...
Deletesama-sama
Deleteassalamualaikum. mohon izin utk saya gunakan teks ini
ReplyDeletesilakan...
Deletesaya ingin menggunakan teks ini sebagai bahan ujian lisan saya..terima kasih.
ReplyDeletesilakan.. sama-sama
Deleteassalamualaikum. mohon izin utk saya gunakan teks
ReplyDeleteini sebagai bahan ujian lisan saya..terima kasih.
sama-sama
DeleteAssalamualaikum.. saya ingin meminta izin utk gunakan teks ini sbg ujian lisan.. terima kasih :)
ReplyDeletesama-sama
DeleteAssalamualaikum,izinkan saya untuk menggunakan teks ini untuk ujian lisan bm saya.Terima kasih banyak2.
ReplyDeletesama-sama
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum,saya ingin menggunakan teks ini untuk ujian lisan bm saya.Terima kasih banyak2.
ReplyDeletesama-sama... semoga bermanfaat
DeleteAssalamualaikum, terima kasih atas perkongsian forum ini.. sangat bermanfaat bagi ujian bertutur saya esok.. ^_^
ReplyDeletesama-sama
Deletetq
ReplyDeletewc
DeleteTerima kasih,,mohon sy nak guna utk lisan (utk dptkan band) ye..tqsm!
ReplyDeletesama-sama
DeleteTerima kasih,,mohon sy nak guna utk lisan (utk dptkan band) ye..tqsm!
ReplyDeletesama-sama
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih,saya mohon untuk gunakan teks ini untuk ujian lisan saya ya,suach a helpfull teks
ReplyDeleteAssalammualaikum kepada owner blog....Seperti yg tertera pada setiap komen yg diberikan๐๐saya juga ingin menyusun 10 jari dan tadah tangan untuk menadah atau meminta izin kepada suadara/saudari untuk menggunakan teks ini sebagai laporan dan lisan saya..Saya juga ingin meminta maaf terlebih dahulu jika saya ada tersalah taip atau menyentuh mana² org yg membaca komen ini..Saya minta izin ye dengan penuh rasa rendah diri.. #saya budak baru nak belajar...#first time forum...๐๐๐
ReplyDeleteBoleh tak saya nak guna utk ujian lisan??
ReplyDeleteterima kasih.. sya mohon keizinan nk guna teks ni utk ujian lisan sya..
ReplyDeleteBuy registered IELTS, TOEFL, ESOL All English Language Certificates .
ReplyDeleteWe are an organization specialized in the acquisition of Ielts, toefl and gre certification. We can provide original certificate for those of you, who for one reason or the other are unable to take the test or obtain the required band score demanded by their institution, employers or embassy, We Thus can help you overcome this hike by offering Test Free Certificate in Ielts, Toefl IBT and GRE. Certificate are original/Real issued by the official Ielts, Toefl and GRE Authorities. Certificate can be verified and results can be seen at the British council or idp website .We do not have any questions to ask, you need certification in IELTS,TOEFL and GRE urgently? WE CAN HELP! . We do provide only original certificate with online verification possibilities . You are guaranteed at 100% doing this with us, as the certificate you obtain is 100% legal and accepted anywhere without any doubt. Customers interested in obtaining the certificate should contact us through the contact details listed below Payment and prices shall be discussed upon your respond to this ad. email: registereddocuments01@gmail.com
"IELTS is the high-stakes English test for study, migration or work"
terima kasih. Mintak izin untuk lisan ye
ReplyDeletesaya pinjam untuk ujian lisan ye, terima kasih :)
ReplyDeleteIzinkan saya mengambil teks forum kamu, terima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum, minta maaf tapi ada kesilapan sikit pada ejaan. Boleh tolong betulkan tak? Takut mendatangkan confusion
ReplyDeleteBuy Real and Fake Passport Online(ielts.toefl.certificates@gmail.com)
ReplyDeleteIzinkan saya guna
ReplyDeleteizinkan saya guna
ReplyDeleteassalam, mohon izin untuk saya gunakan. terima kasih
ReplyDeleteIzinkan saya mahu mengguna teks ini
ReplyDeleteAssalam, mohon izin untuk saya dan rakan-rakan gunakan untuk lisan BM. Terima Kasih.
ReplyDeleteAsalam mohon izinkan untuk saya menggunakan forum ini untuk ujian lisan bahasa melayu.
ReplyDelete