BAHAGIAN A
KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN
- Gambar foto
- Gambar rajah
- Ilustrasi kartun
- Pelan
- Iklan
- Dll
1. Sumbangan orang kurang upaya kepada negara.
2. Kepentingan buah-buahan tempatan.
3. Kepentingan lebuh raya dan kenaikan harga tol.
4. Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah di negara ini.
5. Faktor kemalangan jalan raya dan cara mengatasinya.
6. Sikap seseorang ketika melakukan sesuatu pekerjaan
7. Kediaman yang sempurna.
8. Kesan saiz sesebuah rumah terhadap sahsiah seseorang anak.
9. Kepentingan insurans kesihatan.
10. Usaha menggalakkan veteran Angkatan tentera Malaysia (ATM) menceburi bidang perniagaan.
11. Semangat cinta akan tanah air dalam kalangan penduduk.
12. Aktiviti berfaedah untuk mengisi masa lapang.
BAHAGAIAN B
KARANGAN JENIS PENDAPAT/PERBINCANGAN
1. Kerajaan bercadang membina lebih banyak lebuh raya bagi memastikan kemajuan negara ini semakin pantas.
Berikan pendapat anda tentang kesan-kesan daripada pembinaan lebuh raya di negara kita.
2. Salah satu faktor kemerosotan sukan di negara kita ialah pemimpin sukan yang terlalu lama memegang kuasa dan gagal melakukan perubahan. Oleh sebab itu, pemimpin badan sukan yang tidak berkesan wajar diganti dengan pemimpin yang lebih berwibawa.
Sebagai pelajar yang meminati bidang sukan, bincangkan pandangan di atas.
3. Program Usahawan Muda dilaksanakan dengan tujuan untuk meupuk semangat keusahawanan dalam kalangan belia di negara ini. Pelbagai langkah telah dijalankan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat tersebut.
Bincangkan langkah-langkah tersebut selengkapnya.
4. Banyak orang yang berpendapat bahawa badan kesusasteraan tidak memberikan sebarang faedah. Namun begitu, anda berpendapat bahawa kesusasteraan banyak memberikan faedah terutamanya kepada golongan pelajar.
Tuliskan pendapat anda selengkapnya.
5. Memang tidak dapat dinafikan bahawa orang yang paling berjasa dalam kehidupan kita ialah ibu bapa. Mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja demi kesejahteraan anak-anak. Oleh itu, pengorbanan mereka warja dihargai oleh anak-anak. Namun demikian, generasi hari ini dikatakan kurang mengutamakan kebajikan ibu bapa mereka.
Apakah pendapat anda tentang pandangan tersebut?
KARANGAN JENIS KEPERIHALAN/GAMBARAN
1. Pada cuti sekolah yang lalu, anda dan keluarga telah berkelah di sebuah pantai yang menjadi tumpuan orang ramai. Tanpa disangka kawasan itu pantai itu telah dilanda ombak besar hingga mengorbankan dan mencederakan beberapa orang pengunjung.
Gambarkan suasana di pantai itu ketika bencana alam itu berlaku.
2. Satu kebakaran besar telah berlaku di pekan berhampiran tempat kediaman anda. Sederet rumah kedai di pekan itu terbakar.
Gambarkan suasana ketika itu dan nyatakan perasaan anda juga.
3. Sekolah anda yang terletak di kawasan rendah telah dilanda banjir selepas hujan lebat turun selama lima jam. Banjir itu berpunca daripada limpahan air sungai yang berhampiran.
Ceritakan pengalaman anda semasa kejadian banjir yang melanda sekolah anda.
4. Menteri pelajaran telah mengadakan lawatan ke sekolah anda yang baru terpilih sebagai Sekolah Harapan Negara. Pelbagai aktiviti diadakan sempena lawatan beliau itu.
Gambarkan suasana di sekolah anda dan perasaan anda ketika lawatan itu dilangsungkan.
5. Pada sutau hari, anda ketinggalan bas sekoalh untuk pulaang ke rumah. Anda terpaksa menaiki bas awam untuk pulang. Di stesen bas dan semasa di dalam bas anda meyaksikan tingkah laku beberapa orang pelajar yang kurang sopan.
Perihalkan pengalaman anda serta tingkah laku pelajar-pelajar tersebut.
KARANGAN JENIS CEREKA/IMAGINASI
1. Sebuah akhbar mingguan untuk remaja telah menganjurkan satu peraduan mengarang cerpen. Tema yang ditetapkan ialah “Masyarakat Prihatin”. Anda berminat untuk menyertai peraduan tersebut.
Tuliskan cerpen berkenaan selengkapnya.
2. Berdasarkan perenggan pendahuluan berikut, tulis suatu cereka yang menarik.
Sebaik sahaja Razif sampai di tempat kemalangan, orang ramai masih berkerumun di situ. Namun, mangsa kemalangan itu telah di kejarkan ke hospital. Yang tinggal hanyalah motosikal yang hancur dan kereta yang kemek.
“Ya Allah, ini motosikal ayahku,” bisik Razif apabila ternampak akan nombor pendaftaran motosikal itu.
3. Anda dan beberapa rakan anda diberi peluang untuk menulis cerpen bagi dinuatkan dalam majalah sekolah. Semua pelajar diminta menulis cerpen yang mengutarakan persoalan tentang “masa itu emas”.
Tuliskan cerpen itu selengkapnya.
4. Farid melambung bola kepada Rozaman di sebelah kiri padang. Rozaman sudah berasa amatt letih, tetapi menguatkan semangatnya untuk mengejar bola itu. Dia Berjaya mengelecek seorang pemain Brazil sebelum menolak bola ke tengah. Gunalan segera menendang bola itu, tetapi terkena palang gol. Rozaman meluru lalu menerbangkan badannya untuk menanduk bola yang melantun. Bola itu masuk ke gawang gol Brazil. Rozaman melonjak kegembiraan sebelum diserbu rakan-rakannya. Gol emas itu merealitikan impian Malaysia selama puluhan tahun untuk menjulang Piala Dunia.
Tuliskan cerpen yang berakhir dengan perenggan di atas.
5. Malam itu hujan turun dengan lebatnya. Petir dan kilat sabung-menyabung. Angin pula bertiup kencang. Di dalam bilik, aku mencuba untuk mengulang kaji pelajaran. Namun, keletihan serta suasana dingin ketika itu mempengaruhi aku untuk berubah fikiran. Aku mengemas buku-buku serta nota-nota di atas meja untuk tidur lebih awal. Ketika fikiranku melayang-layang di perbaringan, terdengar suatu bunyi yang cukup kuat. Aku bingkas bangun untuk menyiasat.
Sambung perenggan di atas hingga membentuk suatu karangan yang menarik.
KARANGAN SURAT RASMI
1. Padang permainan yang emnjadi tempat kanak-kanak bermain selama ini akan dijadikan tapak sebuah kondominium mewah. Sebagai wakil penduduk di kawasan berkenaan, anda diberi tugas untuk menulis surat bantahan kepada pihak yang berkenaan.
Tulis surat berkenaan selengkapnya.
2. Sejak sesi persekolahan baru dibuka, pengusaha bas sekolah telah menaikkan tambang bas. Namun begitu, anda tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang tidak berubah malah ada kalanya lebih buruk. Sebagai pelanggan yang tidak berpuas hati, anda ingin menulis sepucuk surat kepada pihak pengurusan bas untuk mengadukan kelemahan-kelemahan tersebut di samping memberikan cadangan untuk membaikinya.
Tuliskan surat berkenaan selengkapnya.
3. Persatuan Penulis Muda akan mengadakan Perkampungan Penulis Remaja yang melibatkan pelajar sekolah menengah. Sehubungan dengan itu, selaku setiausaha persatuan, anda dikehendaki menulis surat kepada Pengarah Pelajaran Negeri untuk meminta kebenaran pelajar dalam program tersebut.
Tulis surat tersebut selengkapnya.
4. Baru-baru ini, anda telah diundang menyertai sambutan Hari Warga Tua anjuran sebuah jabatan kerajaan. Anda berasa tidak berpuas hati atas beberapa perkara semasa sambutan tersebut. Oleh itu, anda ingin menulis surat kepada pihak penganjur.
Tulis surat anda selengkapnya.
5. Di sekitar tempat anda tinggal terdapat beberapa buah kilang. Kilang-kilang itu sedikit sebanyak menyebabkan pencemaran dan mengancam kesihatan penduduk di situ. Baru-baru ini dihebahkan bahawa sebuah kilang getah akan didirikan di kawasan itu. Sebagai wakil penduduk di situ, anda diminta menulis surat bantahan.
Tulis surat itu selengkapnya.
KARANGAN SURAT TIDAK RASMI
1. Anda telah menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan sempena sambutan satu perayaan di Negara ini. Anda bercadabng untuk menceritakan majlis yang gilang gemilang ini kepada sahabat pena anda.
Tulis surat untuk sahabat pena itu selengkapnya.
2. Seorang sahabat anda telah meulis surat kepada anda meminta anda menceritakan industry desa yang terdapat di tempat tinggal anda. Anda berhasrat untuk membalas surat sahabat anda itu.
Tulis surat berkenaan selengkapnya.
3. Sahabat anda yang berlainan sekolah menginginkan penjelasan lanjut tentang pendapat seorang ahli bahasa yang mengatakan amalan membaca merupakan satu keperluan hidup.
Tulis pandangan anda dalam sepucuk surat.
4. Sahabat pena anda telah mengutuskan surat kerana ingin tahu tentang aktiviti yang anda lakukan pada masa cuti nanti.
Balas surat teman anda itu selengkapnya.
5. Peperiksaan SPM menjelang tiba. Sahabat anda menghadapi masalah untuk mengulan kaji pelajaran. Dia menulis surat kepada anda untuk menceritakan masalahnya itu. Dia turut meminta nasihat untuk mengatasi masalah tersebut.
Tulis sepucuk surat kepadanya untuk mencadangkan cara-cara yang efektif untuk mengulang kaji pelajaran seperti yang anda lakukan.
KARANGAN UCAPAN/CERAMAH/SYARAHAN
1. Bersempena dengan sambutan Hari Pekerja telah diadakan satu perhimpunan khas di tempat anda. Sebagai majikan, anda telah diminta menyampaikan ucapan. Anda berhasrat menasihati pekerja supaya bekerja dengan rajin dan jujur bagi meningkatkan produktiviti.
Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.
2. Sebagai pegawai di sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam memupuk perpaduan rakyat, anda telah diundang untuk menyampaikan suatu ceramah di sebuah sekolah. Isi ceramah anda ialah pentingnya perpaduan kaum di negara ini.
Tulis ceramah tersebut selengkapnya.
3. Andaikan anda ialah pegawai pendidikan kesihatan. Anda ingin menyampaikan syarahan tentang kepentingan kesihatan bagi menjamin setiap pekerja di negara ini menjadi pekerja yang produktif.
Tulis teks syarahan tersebut selengkapnya.
4. Andaikan anda seorang pegawai polis yang diundang untuk memberikan ceramah kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah. Ceramah itu dianjurkan oleh Kelab Keselamatan Sekolah. Anda ingin memberikan ceramah berkaitan dengan keselamatan di jalan raya.
Tulis ceramah anda selengkapnya.
5. Anda telah dipilih untuk mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. Anda telah memilih tajuk syarahan “Kepimpinan Lemah Punca Mutu Sukan Menjunam”
Tulis syarahan anda selengkapnya.
KARANGAN LAPORAN
1. Sebagai Setiausaha Kelab Pencinta Alam, anda dikehendaki menulis laporan tahunan kelab tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Tulis laporan tersebut selengkapnya.
2. Kelab Pengawas Sekolah anda telah mengadakan Kem Kecemerlangan Pengawas selama dua hari. Tujuan kem tersebut adalah untuk meningkatkan penampilan dan kewibawaan pengawas sekolah. Sebagai setiausaha kelab, anda dikehendaki menulis laporan lengkap tentang kem tersebut.
Tulis laporan tersebut selengkapnya.
3. Sekolah anda telah terpilih sebagai tuan rumah Pertandingan Drama Peringkat Negeri. Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana, anda dikehendaki menulis laporan tentang persiapan yang telah dibuat menjelang pertandingan dua minggu lagi.
Tulis laporan itu selengkapnya.
4. Sebagai Setiausaha Pusat Sumber Sekolah, anda telah diminta menulis laporan tentang tabiat membaca dalam kalangan pelajar sekolah. Laporan itu akan dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri.
Sediakan laporan itu selengkapnya.
5. Anda merupakan Setiausaha Kelab Kembara Muda di sekolah. Anda dikehendaki menyediakan laporan tahunan kelab tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Tulis laporan itu selengkapnya.
KARANGAN DIALOG/WAWANCARA/FORUM
1. Andaikan anda wartawan di sebuah syarikat akhbar. Anda ditugasi untuk mewawancara seorang aktivis masyarakat. Focus utama wawancara tersebut ialah perlunya negara kita mempunyai lebih banyak badan sukareka untuk membantu manusia di seluruh dunia yang ditimpa bencana alam.
Tulis wawancara itu selengkapnya.
2. Anda telah bertemu dengan sahabat lama yang kini menjadi pensyarah dalam bidang yang berkaitan dengan alam sekitar. Ketika menikmati minum petang bersama-sama, anda dan sahabat lama anda berbuar tentang punca dan kesan pencemaran alam.
Tulis dialog tersebut selengkapnya.
3. Sebagai wartawan pendidikan, anda diberi tugas untuk mewawancara seorang guru. Isu yang dibincangkan ialah pengajaran mata pelajaran Sivik dan Kenegaraan yang bermula sejak beberapa tahun yang lalu. Guru berkenaan banyak menerangkan peri pentingnya pendidikan tersebut dalam kalangan rakyat di Negara ini.
Tulis wawancara tersebut selengkapnya.
4. Anda merupakan wartawan hiburan di sebuah syarikat akhbar. Anda ditugasi untuk mewawancara seorang pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Tujuan wawancara itu adalah untuk mendapatkan pandangan pegawai tersebut tentang kegiatan cetak rompak di Negara kita dan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi kegiatan tersebut.
Tulis wawancara anda selengkapnya.
5. Anda telah bertemu dengan seorang rakan lama di sebuah hospital ketika menziarahi sepupu anda yang sakit. Dalam pertemuan itu, anda sempat berbual-bual tentang bantuan orang ramai kepada orang menghidap penyakit kronik.
Tulis dialog itu selengkapnya.
KARANGAN JENIS FAKTA
1. Televisyen memainkan petanan yang penting kepada rakyat Negara ini. Oleh sebab itulah setiap rumah di Negara ini memiliki televisyen.
Tulis karangan tersebut selengkapnya.
2. Perubatan moden yang diterima oleh seluruh rakyat telah meningkatkan tahap kesihatan rakyat Negara ini.
Nyatakan kepentingan perubatan moden
3. Hutan di negara ini wajar dikekalkan kerana peranan hutan dalam keseimbangan ekologi sangat penting.
Nyatakan usaha-usaha yang yang patut dijalankan untuk mengekalkan kawasan hutan.
4. Dasar langit terbuka luas telah mencemarkan kemurnian budaya bangsa.
Huraikan.
5. Industri pelancongan penjana ekonomi negara.
Jelaskan isu di atas selengkapnya.
KARANGAN PERBAHASAN
1. Ganjaran diberikan secara berlebihan kepada atlet menjadi punca kemerosotan prestasi atlet di negara kita.
Bahaskan isu tersebut selengkapnya.
2. Banyak faedah yang diraih oleh Negara kita apabila terpilih menjadi tuan rumah dalam pelbagai sukan bertaraf dunia.
Bahaskan penyataan di atas.
3. Anda telah menyettai satu pertandingan perbahasan. Tajuk perbahasan itu ialah “Pembangunan Merosakkan Alam sekitar”
Tuliskan hujah-hujah anda sebagi pencadang dalam perbahasan itu.
4. Sikap terlalu memilih perkerjaan oleh graduan menjadi punca pengangguran di kalangan lepasan universityi di negara ini.
Bahaskan.
5. Anda telah terpilih mewakili sekolah anda dalam perbahasan peringkat daerah. Dalam pertandingan peringlkat separuh akhir, pasukan anda terpilih menjadi pembangkang. Tajuk yang telah ditetapkan ialah “Pendidikan Akademik Lebih Penting Berbanding dengan Pendidikan Vokasional”
Tulis hujah anda selengkapnya.
KARANGAN BERITA/RENCANA AKHBAR
1. Andaikan anda pemberita di sebuah akhbar. Anda telah diberi tugas untuk membuat liputan tentang tragedi pengunjung pantai dilanda ombak besar. Banyak mangsa terbunuh dan tercedera.
Tulis berita tersebut selengkapnya.
2. Anda berminat untuk menulis sebuah rencana yang berkaitan dengan alam sekitart untuk dihantar ke sebuah akhbar. Tajuk rencana anda ialah “Alam Terpelihara Hidup Sejahtera”
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
3. Anda merupakan penulis bebas. Anda bercadang menulis rencana untuk sebuah akhbar. Tajuk rencana anda ialah “Perpaduan Kaum Rahsia Kejayaan Malaysia dalam Perbagai Bidang”
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
4. Anda merupakan pemberita yang ditugasi membuat liputan tentang banjir kilat yang melanda di pinggir ibu kota. Yang turut terlibat dalam banjir tersebut ialah beberapa buah sekolah dan bangunan kedai.
Tulis berita itu selengkapnya.
5. Sebagai penulis bebas anda diminta menulis ssuatu rencana bertajuk Flora dan Fauna Akan Pupus Jika Hutan Diterokai”
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
KARANGAN BERTAJUK PERIBAHASA/COGAN KATA
1. Tulis suatu cerita yang menarik berdasarkan peribahasa, “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.”
Tulis cerita tersebut selengkapnya.
2. Sebuah agensi kerajaan menganjurkan peraduan mengarang. Tajuk yang ditetapkan ialah “Buku Dibaca, Rakyat Cemerlang Minda”
Tulis rencana anda selengkapnya untuk menyertai peraduan tersebut.
3. “Sehari Selembar Benang Lama-lama Menjadi Kain”
Tulis karangan berdasarkan peribahasa tersebut.
4. Anda ingin menyertai pertandingan menulis cerpen anjuran sebuah persatuan penulis. Anda memilih tajuk “Di Mana Bumi Dipijal, di Situ Langit Dijunjung”.
Tulis cerpen tersebut selengkapnya.
5. Anda ingin menulis suatu rencana untuk ruangan “Budaya Hidup” dalam sebuah akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah “Rezeki Secupak Tidak Akan Menjadi Segantang”
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
cikgu , boleh hantarkan semua isi-isi untuk tajuk di bawah karangan berdasarkan bahan rangsangan kepada saya ? saya amat perlukan isi isi tersebut . terima kasih cikgu .
ReplyDeleteelizeleeliz@gmail.com