BUKAN GILA
(Shariff Shaary)
1.0 SINOPSIS
ADEGAN I
Drama ini mengisahkan tentang Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman. Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan membayangkan kehadiran
Ani, bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi pegangan Azmir.
ADEGAN II
Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari wad pesakit jwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh,
hanya di kawasan wad sahaja.
ADEGAN III
Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga
orang pelakon. Setiap watak menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang dunia.
(dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat
bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya.
Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir
berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan
sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering melaung kesakitan
pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar
sakit atau hanya lakonan. Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir
kembali ke wad setelah tiga hari telah hilang.
ADEGAN IV
Arif, Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3 telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin
mendapatkan maklumat latar belakang hidup Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah
Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berpelakuan aneh apabila
berada dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti.
Dia juga menggunakan nama W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia.
Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri Azmir. Rakan Azmir
berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih sayang dan sokongan daripada kedua-dua ibu bapa. Pelakon 2 pula berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat.
Pelakon 1 pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.
ADEGAN V
Azmir bermonolong tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga
bermonolong tentang suka duka kehidupannya.Manusia sering tertipu dengan keindahan
dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendiri dan
menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan.
ADEGAN VI
Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat
mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripad penyakit barah otak dilamainya.
Ani menyesal kerana meninggalkan Azmir
2.0 PEMIKIRAN
Setiap orang mempunyai prinsip hidup dan ideologi yang berbeza yang boleh
mempengaruhi tindakan/cara hidup.
3.0 PERSOALAN
Perbezaan pemikiran dan tindakan menyebabkan seseorang itu dianggap janggal oleh masyarakat sekeliling.
- Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup
(cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding orang lain.
Kepentingan cinta dan kasih sayang
Contoh: Cinta dan kasih sayang amat penting bagi menjamin kebahagiaan
Rencah kehidupan
Contoh: hidup ini ibarat roda yang berputar, ada suka dan dukanya.
Dunia ini ibarat pentas lakonan
Contoh: dalam kehidupan di dunia ini, manusia ialah pelakonnya yang
membawa pelbagai watak
Kesakitan boleh membawa penderitaan
Contoh: Azmir yang menanggung kesakitan kerana menghidap barah otak.
Sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup.
Contoh: Azmir menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu bapa dan
kekasih hati.
Keprihatinan perlu ada dalam diri setiap manusia
Contoh:Tindakan para pelakon yang mengunjungi rumah Azmir untuk
mengetahui latar belakang hidup Amir
Setiap orang perlu mempunyai sikap bantu-membantu .
Contoh : Para pelakon yang membantu mengurangkan kesakitan dengan
memicit-micit kepalanya
Kekuasaan Tuhan
Contoh: perlu menerima takdir terhadap yang telah ditentukan oleh Tuhan
Sifat berterima kasih
Contoh: setiap manusia perlu berterima kasih terhadap sumbangan orang lain
dalam kehidupan mereka – ibu bapa, para petani.
Hikmah di sebalik sesuatu kejadian
Contoh: sesuatu kejadian yang berlaku mempunyai pelbagai hikmah yang
tersembunyi