STRUKTUR PEMBELAJARAN
KOPERATIF
- Fan-N-Pick
Setiap ahli ada peranan,
dan setiap peranan dimainkan secara bergilir-
gilir
· Pelajar 1
: susun kad seperti kipas
· Pelajar 2
: pilih kad dan bacakan soalan
· Pelajar 3 : jawab
soalan
· Pelajar
4 : beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi
- Inside-Outside Circle
§ Cari pasangan
§ Bentuk dua bulatan
, satu di dalam (Bulatan 1) dan satu di luar (Bulatan 2). Berdiri
menghadapi pasangan
§ Guru beri soalan /tugasan
kepada murid dalam Bulatan 1.
§ Pelajar dalam Bulatan
2 menjawab dan rakanya hanya mendengar
§ Beri pujian atau
kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap.
§ Kemudian tukar
peranan dengan soalan baru
§ Akhir sekali tukar
pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan
- Match Mine
· Empat orang murid
duduk dalam satu pasukan
· Setiap dua orang
cari pasangan dalam pasukan tersebut
· Setiap pasangan
diberi kad untuk memisahkan mereka .
· Pelajar 1 mengarahkan
Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada Pelajar 1 (Pelajar 2 tidak
dapat melihat apa yang dipegang oleh Pelajar 1 )
Apa yang dilukis atau ditekanya
bergantung kepada
kefahamannya dari arahan atau mesej
yang disampaikan oleh
Pelajar 1
· Pelajar
1 melihat hasil yang dibuat oleh Pelajar 2 dan mereka saling kukuh
mengukuh
· Kemudian
kedua-duanya tukar peranan
- Same Different
· 2 orang pelajar
dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada
setiap orang dari mereka
· Kemudian mereka
bandingkan jawapan
· Akhir sekali tukar
pasangan dalam kumpulan
- Rally Robin
· Pelajar dalam
bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang satu-satu perkara
secara lisan
- Round Robin
· Aktiviti seperti
Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat
7. Rally Table
· Secara berpasangan
pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah dengan menulis
di atas kertas yang sama dan menggunakan pen/pensil yang sama
8. Round Table
· Dilakukan seperti
Rally Table tetapi dalam pasukan berempat
- Simultaneous Round
Table
· Dalam pasukan
pelajar menulis respon kepada masalah dalam kertas masing-masing.
· Kemudian
mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan
dapat menambah/membetulkan apa yang ditulis.
- Spin-N-Think
· Kadbod yang ada
anak panah dan boleh dipusing digunakan untuk menentukan giliran siapa yang menyoal,
menjawab, membetulkan dan memuji
- Talking Chips
· Setiap ahli dalam
pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberi
pendapat
· Mereka tidak boleh
mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberi peluang
- Jigsaw Problem
Solving
· Dalam pasukan
berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada masalah dengan bergerak
kepada kumpulan lain.
- Mix-N-Match
· Pelajar bergaul dan
bergerak mencari bahan/perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada
dirinya
- Trade-A-Problem
· Pasukan membina
masalah/soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk dicari penyelesaian
- Team Stand-N-Share
· Ahli pasukan
berdiri
· Guru/rakan lain
memberi soalan
· Pasukan hanya
boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan/pendapat dengan pasukan lain
- Find the Fib/Guess the Fib
· Seorang ahli dalam
pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu yang sebenarnya hanya dua yang
betul atau benar. Satu lagi adalah salah
· Ahli lain diminta
mencari yang mana yang salah
- Line Ups
· Dalam pasukan
berempat pelajar membuat barisan
· Pasukan diminta
memberi jawapan kepada masalah yang diberi
· Pasukan membuat
garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak setuju
- Formations
· Pasukan membentuk
symbol, perkataan atau cara lain untuk menunjukkan kesepakatan
- Window Pane
· Guru melukis satu
gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada carta/papan hitam
· Ahli dalam pasukan
bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi konsep/perkara
tersebut
- Showdown
· Setiap ahli
pasukan menulis satu jawapan /penyelesaian kepada masalah
· Pada masa yang
ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak
· Setiap ahli
membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan
21. Lyrical
Lessons
· Pasukan tulis lirik
/nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak
- Timed Pair Share
· Secara pasangan,
Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian dalam masa yang
ditetapkan dengan Pelajar 2
· Kemudian tukar
peranan
- Stir- the- Class
· Pasukan duduk dalam
bulatan
· Membincangkan
jawapan untuk menyelesai masalah
· Apabila sudah dapat
satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan persetujuan
· Bila loceng
dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk soalan
yang berikutnya
- Team Word-Web
· Pelajar tulis topic
di tengah-tengah kertas mahjong
· Setiap ahli pasukan
menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk menunjukkan
sumbangan idea setiap dari mereka
- Mendeklamasi sajak/ menyanyi
lagu
· Seorang pelajar
mendeklamasikan baris pertama sajak atau menyanyi lagu
· Kemudian diikuti
oleh rakan pasangannya
· Akhirnyna
bersama-sama mendeklamasi /menyanyi bersama-sama dalam harmoni
- Paraphrase Passport
· Pelajar hanya boleh
memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang jawapan kawan sebelumnya
- Mix-Freeze Group
· Pelajar membentuk
pasukan mengikut arahan guru
· Bagi yang tidak
sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan, diletakkan
dalam “Lost and Found”
- Think-Pair-Share
· Guru kemukakan
masalah kepada ahli pasukan
· Setiap ahli diberi
masa untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan
yang lain secara berpasangan
· Semua ahli Pasukan
diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah
- Roam the Room
· Dengan isyarat guru
, murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil
kerja rakan-rakan
· Apabila guru beri
isyarat kedua, semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam pasukan
apa yang dipelajari dari rakan/pasukan lain
- Gallery Tour
· Seperti di atas
tetapi mereka bergerak secara pasukan
· Hasil pasukan lain
ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain melihat/membacanya
· Pasukan asal
hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya pasukan yang datang
melawat boleh beri komen atau pengukuhan hasil kerja mereka
· Ahli kumpulan juga
diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain
pula
· Setelah kembali
semula ke pasukan asal, ceritakan/laporkan pembelajaran/pengalaman
yang diperolehi
- Three Stray, One Stay
· Tiga ahli pasukan
pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain
· Seorang tinggal
untuk menyambut kedatangan rakan lain dan untuk menjelaskan kedudukan /hasil
kerja pasukannya
· Bila selesai Murid
2 pula tinggal dan jalankan tugas di atas
· Kemudian Murid 3
pula tinggal dan begitulah seterusnya.
- Rotating Review
· Pasukan bincang
topic
· Buat
carta/pengurusan grafik
· Kemudian ke
kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri pendapat
tentang hasil perbincangan kumpulan itu
· Buat
carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu
· Begitulah
seterusnya
- The Yarn Yarn
· Setiap kali seorang
ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk dililit di tangan
· Akhirnya kumpulan
dapat tahu siapa yang lebih memberi pendapat/idea
- Kinesthetic Symbols
· Murid membentuk
symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan pelajaran
- Team Statements
· Pelajar berfikir
dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan individu
· Kemudian semua
bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang dipersetujui semua
36.. Who am I ?
· Setiap orang
pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di belakang baju)
· Setiap dari mereka
diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain
tentang identity masing-masing.
· Rakannya hanya
boleh menjawab “ya atau tidak”
· Apabila identity
diperolehi hasil dari klu jawapan yang diberi rakan, individu tersebut boleh
menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum ‘mengenalpasti” identitinya
- Sages Share
· Pelajar buat
sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan lebih lanjut akan
idea tersebut, mencatat ‘initial” mereka
· Rakan lain
bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang bijak (yg menulis
initial tadi) untuk kefahaman lebih lanjut tentang ideanya
- Traveling File
· Setiap pasukan
dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya ada soalan, kes atau masalah
untuk dibincangkan
· Selepas 10-15 minit
soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada
pasukan lain
· Setiap pasukan yang
mendapat fail baru dari pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan
jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai dan
disunting.
· Setelah setiap
pasukan respon kepada 2 atau 3 Traveling File, soalan-soalan dan
jawapan-jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan.
- Team Interview
· Setiap ahli pasukan
berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan maklumat diri berhubung
dengan nama, tempat asal, hobi (sambil berdiri)
40. Team Project
· Setiap ahli pasukan
bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan, membentuk pasukan sorak
( team cheers), logo pasukan dan warna pasukan
41. Value Lines
· Setiap ahli pasukan
menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga yang terendah dalam aspek
kehidupan seharian seperti keselamatan famili, keamanan dunia, keseronokan
hidup
· Selepas itu setiap
ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murni berdasarkan keutamaannya
seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lain-lain
· Setiap ahli
berikutnya membuat perbandingan untuk menilai hasil kerja mereka
42. Find-Someone-Who
· Pelajar dikehendaki
mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti rancangan
televisyen yang digemari, makanan kegemaran, ataupun pelajar diberi lambaran
kerja yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya daripada rakan
sekelasnya yang tahu
43. Rotating
Review
· Setiap pasukan
membincangkan sesuatu topik , kemudian mencatatkannya di kertas sebak dan
memaparkan di tempat pasukan masing-masing
· Setiap pasukan akan
bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian hasil
kerja setiap pasukan
· Setiap ahli pasukan
boleh membuat komen,tambahan idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan
menggunakan warna pen yang berbeza
44. Three-Step
Interview
· Empat orang pelajar
dalam satu pasukan
· Langkah 1 : Secara
berpasangan seorang pelajar menjadi penemuduga dan seorang lagi yang ditemuduga
· Langkah 2 :
Pasangan bertukar peranan di atas
· Langkah 3 : Setiap
pelajar secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilalui semasa temuduga
dengan ahli pasukan yang lain
45. Two-Box Induction
· Diwujudkan 2
kategori iaitu contoh dan bukan contoh
· Fasilitator beri ransangan
· Ahli pasukan
berbincang secara Round Table untuk wujudkan hipotesis
· Setelah hipotesis
dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah dipersetujui oleh semua
ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut
Rujukan :
1. Johnson, D & Johnson, R (1985) Learning
together and alone:
Cooperation, competition and
individualization, Englewoods Cliffs, NJ :
Prentice Hall
2. Kagan, Spencer (1994) Cooperative
learning, Resource for Teachers, Inc., San Clemente, CA., 1
(800) WEE CO-OP
3. Slavin, Robert (1970) Cooperative Learning.
Theory, research and
practice, Englewoods
Cliffs, NJ: Prentice Hall