Hari guru pertama kusambut di PPD LMS. Sambutannya tidak seberapa...namun kemeriahannya kami rasai. Walau tiada hadiah seperti di sekolah-sekolah, namun keakraban antara kami ialah hadiah yang paling bernilai. Syukur!
Pada hari ini juga, kami selitkan sedikit masa dalam waktu rehat tengah hari dengan mengadakan sedikit jamuan kecil-kecilan untuk Mr. Veera Vijaya yang akan bersara. Semoga terus maju jaya Mr. Veera.
Dan hari ini juga kami berjumpa dengan Puan Linda yang akan menjalani pembedahan pada hari Jumaat ini. doaku semoga Kak Linda tetap kuat semangat untuk melawan penyakit ini. Tabahkanlah hatimu. Kami akan tetap mendoakan agar semangat Kak Linda tak akan luntur. You can do it kakak!
Air mata laju tatkala memandang wajahmu... sesungguhnya Allah maha berkuasa merancang segala-galanya. Kamu kuat kak, sebab itu Allah memilihmu. Semoga Kak Linda diberi kesembuhan.
-MRS.SALL-PPDLMS