Thursday, May 28, 2015

Gelanggang

(Onn Malini)

TEMA:
Kepentingan mempertahankan kedaulatan tanah air.



MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap pertama

Penyajak menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang ditubuhkan oleh generasi terdahulu iaitu kira-kira 50 tahun yang lalu. Malaysia terbentuk hasil perpaduan setiap kaum demi masa depan generasi seterusnya.



Rangkap kedua

Kita ialah generasi yang mewarisi Malaysia yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu. Mereka bekerja keras dan bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Kemakmuran negara dapat dinikmati apabila rakyat bersatu padu. Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara. Cara ini telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai kaum di negara kita.



Rangkap ketiga

Penyajak berpendapat bahawa pemimpin kini harus berani melawan tuduhan melulu yang dilemparkan demi mempertahankan kedaulatan negara. Pendapat yang dikemukakan oleh sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan Malaysia harus kita tentang tanpa tolak ansur supaya tidak menggugat kedaulatan negara. Pihak tersebut tidak harus melakukan tindakan untuk mencabar Malaysia kerana perbuatan mereka akan menyusahkan diri mereka.



Rangkap keempat

Penyajak menyeru rakyat yang benar-benar cinta akan negara supaya mengukuhkan tali persaudaraan agar pertelingkahan sesama rakyat dapat dihindari.



Rangkap kelima

Penyajak menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab memikul amanah yang diberi untuk memastikan kecemerlangan negara di peringkat dunia dengan mencapai kejayaan demi kejayaan. Hal ini demikian kerana kejayaan yang diperoleh rakyat Malaysia melambangkan maruah Malaysia dan jati diri mereka. Kita bertanggungjawab dalam meneruskan kesinambungan Malaysia sebagai negara yang harmoni dan dihormati oleh semua pihak. Malaysia wajib kita hargai, hormati dan muliakan sampai akhir hayat kita.



PERSOALAN


Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan

Contoh : Generasi dahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan air mata.



Kepentingan perpaduan dalam menjaga keamanan negara

Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.



Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negara

Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.



BENTUK SAJAK


Terdiri daripada lima rangkapTerdiri daripada dua hingga lapan baris dalam satu rangkapTerdiri daripada satu hingga Sembilan perkataan dalam satu barisTerdiri daripada tiga hingga 22 suku kata dalam satu barisRima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.Rangkap pertama : abccdRangkap kedua : abcdefghRangkap ketiga : abcadefRangkap keempat : abRangkap kelima : abcde



GAYA BAHASA


anafora

Contoh :

kitapelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hatikitamempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat



hiperbola

Contoh :

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat

dan air mata



inversi

Contoh :

jangan sekali bermain apikelak membinasakan diri sendirikita pelihara gelanggang inidengan kejap sepenuh hatiMarilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhwah



personifikasi

Contoh :

demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini



kata ganda

Contoh :

yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebihsuara-suaramomokan sumbang memperlekehkan menyentuh



NILAI


Nilai keberanian

Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani berani berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.



Nilai perpaduan

Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.



Nilai tanggungjawab

Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.



PENGAJARAN


Kita mestilah bersatu padu

Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.



Kita mestilah berani bertindak

Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani  berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.

Kita mestilah bertanggungjawab atas kedaulatan negara

Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.



No comments:

Post a Comment

PAK21 NORMAL BAHARU

https://www.flipsnack.com/RynnYusuf/pak21-normal-baharu-cp5gi3nvxn.html