Wednesday, February 6, 2013

Penggunaan Tanda Sempang

Dalam sistem ejaan ini, tanda sempang (-) digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu.

1. Merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada perkataan yang sama. Contohnya:

anti-Amerika
pro-Malaysia
hamba-nya
rahmat-Nya
KDN-nya

2. Pada kata ganda, sama ada dalam penggandaan penuh, separa atau berentak. Contohnya:

rumah-rumah
pelajar-pelajar
berlari-lari
melambai-lambai
kejar-mengejar
usik-mengusik
kemerah-merahan
bersalam-salaman
kucar-kacir
ipar-duai

3. Untuk merangkaikan ke dengan angka. Contohnya:

ke-10 (kesepuluh)
ke-56 (kelima puluh enam)
ke-1000 (keseribu)

4. Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran an. Contohnya:
Tahun 50-an (tahun lima puluhan)
Tahun 90-an (tahun sembilan puluhan)

(Dalam kesemua kes di atas, salah ejaannya jika tidak digunakan tanda sempang.

NIK SAFIAH KARIM, 2007
Liku-liku Bahasa,
K Publishing Sdn Bhd.

16 comments:

  1. Assalamualaikum, cikgu. Saya nk bertanya.. kalau bagi perkataan ekopelancongan.. adakah sepatutnya ia ada tanda sempang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada tanda sempang untuk ekopelancongan. jika ada tanda sempang selepasnya kata nama Khas.

      Delete
  2. ekopelancongan tiada tanda sempang

    ReplyDelete
  3. *anti : antidadah, anti-Israel *tele : teleperbankan, teleperubatan *Isme : kapitalisme, nasionalisme *eko : ekopelancongan, ekotani *sosio : sosioekonomi, sosiopolitik *sub : substandard, subkontraktor man : budiman, seniman wan : angkasawan, hartawan wati : seniwati, wirawati Wi : duniawi, Romawi

    ReplyDelete
  4. Berikut merupakan fungsi tanda sempang (-), kecuali
    - _
    A. menunjukkan kedudukan dan bilangan.
    B. memisahkan angka yang pelbagai fungsi.
    C. menggambarkan pertuturan yang tidak lancar.
    D. memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang disambung dengan kata hubung.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. saya nak bertanya perkataan mana yang lebih tepat, pra-pelancaran atau prapelancaran?

    ReplyDelete
  6. Maaf, saya nak tanya. Mengapakah penulis menggunakan tanda sempang pada ayat seperti ini. Contohnya, "dalam alam semesta yang berkerikil dann berduri - telah sempurnalah Aku"

    ReplyDelete
  7. Aslm,

    Mohon pencerahan, adakah penggunaan tanda sempang dalam ayat di bawah betul.

    Sebagai bahagian pilihan percubaan ini, yang dikenali sebagai sub-kajian, anda diminta untuk mengambil bahagian dalam prosedur untuk melakukan biopsi kulit pada lawatan yang disenaraikan di dalam Lampiran A, Jadual Lawatan ke-1 dan ke-2.

    ReplyDelete
  8. asalam, mohon pencerahan. Yang manakah betul adakah Yang DiPertuan Agong atau Yang di-Pertuan Agong ?

    ReplyDelete
  9. nak tanya yang mana betul pro-perniagaan dan pro-perdagangan atau praperniagaan dan praperdagangan

    ReplyDelete
  10. surat menyurat atau surat-menyurat?

    ReplyDelete

PAK21 NORMAL BAHARU

https://www.flipsnack.com/RynnYusuf/pak21-normal-baharu-cp5gi3nvxn.html